Friday, 13 January 2017

APA ITU GARAM AURA?



Sama ada kita sedari atau tidak kita sering bertemu atau mengalami situasi seperti berikut :
Bila ada orang yang cantik, tetapi tidak menarik.
tetapi ada orang yang  kurang cantik tetapi menarik.
Ada ketikanya  keadaan di mana orang tertunggu – tunggu  kehadirannya.
Namun ada juga kehadiran orang itu membuatkan orang
di sekitarnya gelisah dan tidak aman.

Mengapa situasi ini terjadi di kehidupan ini?

Ini ada kaitannya dengan  energi atau tenaga seseorang  disebut AURA
Mengikut kajian sains. setiap makhluk hidup (manusia, haiwan dan tumbuhan)
memancarkan gelombang elektromagnetik dari tubuhnya.
Himpunan energi yang membungkus tubuh ini yang dinamakan AURA.
Aura adalah medan tenaga elektromagnetik yang dipancarkan dari  dari dalam diri
hasil dari aktiviti 7 chakra  yang memberikan kesan  psikologi dan emosi seseorang
dan akan mempengaruhi warna aura dan saiz aura  sama ada kuat atau pun lemah
( negatif atau positif )

Aura yang positif akan menarik perkara/benda/keadaan yang positif
kepada seseorang. Boleh jadi menarik rakan-rakan yang positif, menarik situasi
kegembiraan, dan juga menarik peluang-peluang REZEKI kepada kita.
Sebagai contoh, jika kita meniaga dan kita memiliki aura positif ini, maka ramai
pelanggan yang berurusan dengan kita akan jadi lebih mudah dan mudah close deal.
Bukan itu sahaja, semua orang yang ada di sekeliling kita akan suka berurusan
dengan kita. Inshaa Allah…

Bagaimana nak dapatkan Aura Positif ini?

Salah satu cara adalah dengan amalkan mandi garam bukit. Ada banyak jenama garam bukit di pasaran dari yang murah hingga yang mahal. Dari yang khusus untuk mandian sahaja hinggalah khas untuk rendam kaki sahaja. Dari yang tidak berbau hinggalah yang diaromakan dengan wangian2 yang menenangkan.





Apakah Kelebihan Aura Rezeki?

Aura Rezeki bukanlah sekadar garam bukit yang biasa tetapi Mandian Garam Bukit Aura Rezeki adalah mandian terapi yang telah di syifa, dirukyahkan dan di bacakan doa-doa penarik rezeki dan penyeri wajah. Aura Rezeki bukan sahaja mempunyai manfaat dari segi kesihatan, ianya juga boleh digunakan untuk ikhtiar jodoh, hamil, gangguan makhluk halus, menarik rezeki, memperbaiki hubungan dengan orang sekeliling dan banyak lagi

Semuanya dengan izin ALLAH SWT. Garam hanyalah asbab sahaja

Nak tahu lebih lanjut?

Whatsapp 012 6615292 untuk free consultation. kita sharing ikhlas dari hati. saya akan bantu anda sebaik mungkin 😊


Salam ikhlas,
niena
#nienaaura
#nienagaramrezeki
#nienaaurateam
#sakitlutut  #mandibunga  #tarikrezeki
#tudungmurah  #kadkahwinmurah  #cincintunang
 

Thursday, 5 January 2017

19 TIPS HIJRAH DIRI

Assalam..di harap masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017... tahun yang terbaik untuk bermula andai kita masih belum melaksanakan impian kita...in sya ALLAH...
Disini saya kongsikan 19 Tips Hijrah Diri yang boleh kita lakukan dalam memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dan sukses lagi tahun ini...
(Di ambil dari facebook Hijrah Diri by Dr Mir Hazil Pakar Terapi Aura)

19 Tips Hijrah Diri

1. Lakukan 10-30 minit afirmasi “TERIMA KASIH” sambil berjalan santai (ketika berjalan ke tempat kerja, pergi sarapan / makan, pergi ke bank, window shopping dll).  Lakukan dengan penuh keceriaan dan kesyukuran. Ia adalah penawar unggul untuk ‘tekanan perasaan’ (anti-depressant).

2. Duduk rehat (senyap) kira-kira 10 minit setiap hari. (guna rantai & mangga kunci, jika perlu… hahaha).

3. Hasilkan tidur malam yang sempurna & cukup. Bersiap untuk tidur, baring sempurna, belai diri dengan kaedah TERAPI BIOENERGI (self healing technique), baca Al-Fatihah & doa sebelum tidur.
Ucapkan.. Saya pasrah & saya bersyukur berulang-ulang kali. Lakukan bayangan minda untuk KEKAYAAN yang anda ingin kecapi.

4. Sebaik jaga dari tidur, ucap syukur dan terima kasih pada Illahi. Ucap sambil bernafas dengan tenang. Nyatakan hasrat anda hari ini: “Hasrat saya hari ini adalah untuk ________________ . Saya pasrah & bersyukur!” Senyum.

5. Setiap kali mandi, niatkan “Pembersihan Rohaniah & Jasmaniah”. Ratakan air ke seluruh permukaan tubuh. Belai diri anda dengan penuh kasih sayang, rasa kagum, empati, bersemangat dan bertenaga. (3 E’s = Energy, Enthusiasm, Empathy)

6. Adakan masa untuk bermeditasi, yoga, tai chi atau lain-lain. Sekurangnya hayati proses berwuduk & ketika solat. Inilah ‘PETROL’ kehidupan.

8. Lakukan “perkara” yang anda selalu ingin benar-benar lakukan.

9. Banyakkan visualisasi (berangan-angan) tatkala dalam jaga (bukan hanya bermimpi di waktu tidur).

10. Banyak makan makanan yang bersumberkan tumbuhan semulajadi. Kurangkan makanan yang diproses semula.

11. Bermentorkan seseorang dan menjadi ‘Mentor’ kepada seseorang.

12. Libatkan diri sekerapnya kepada kerja kebaikkan (amal makruf).

13. Bersihkan atau buang benda-benda yang tak perlu di rumah, dalam kereta, meja, tempat kerja, bilik dll. Kebersihan adalah sebahagian dari iman. Energi positif akan berada dalam persekitaran yang terurus dan bersih.

14. Jangan buang masa untuk bergosip, mengumpat, baca status fb yang tak manfaat, menonton cerita HANTU kat tv,  mengenang peristiwa pahit silam, berperasaan takut & malas, suka menangguhkan urusan dan suka merajuk & marah-marah.
Sebaliknya FOKUS untuk lebih bersyukur, jujur, berbuat baik dan menyerap lebih banyak KEBAIKKAN ke dalam hidup anda. hayati kehidupan KINI untuk HARI INI..

15. Sedar akan hakikat; hidup ini sebuah perjalanan (kembara) untuk BELAJAR. Masalah adalah sebahagian dari KO-KORIKULUM yang harus ditempuh untuk BERJAYA dalam pelajaran. Ia datang dan pergi, namun pengalaman KEKAL menjadi GURU peribadi.

16. Bersarapan umpama Raja, makan tengahari macam Permaisuri dan makan malam macam kanak-kanak.

17. Senyum dan riang selalu. Ia menghasilkan hormon keriangan pada minda dan itulah VITAMIN untuk jasad. Malah SENYUM dapat menghalau energi SEDIH disekeliling anda.

18. Kerap ucapkan ‘Saya bersyukur & berterima kasih untuk ____________’ setiap kali mendapat kebaikan. Ucapkan ‘Saya ikhlas & pasrah untuk ______________’ setiap kali menerima bencana atau cabaran.

19. INGAT anda sememangnya telahpun terlalu KAYA dan jauh dari ‘miskin’. Kaya Nyawa, kaya umur, kaya masa, kaya nafas, kaya cahaya, kaya minda, kaya makan, kaya pakai dan pelbagai lagi kekayaan. Jadi mengapa pilih untuk STRES??!!
HIDUP TERUS HIDUP!!! KAYA TERUS KAYA!!! Hayati tiap detik..BERSYUKUR & enjoy!!

DMHAR
#HD #hd #hijrahdiri #tiptop #buatlebihbagus #jadilebihbaik #dmhar #drmirhazil #19tipsukses #aurasukses #aurarezeki #sihatsegarsukses #redhaikhlaspasrah


Untuk kekal positif dan bersemangat amalkan Mandian Terapi Garam Bukit Aura Rezeki yang telah dirukyahkan dan disyifakan serta di baca doa penarik rezeki. 

Untuk pertanyaan lanjut boleh whatsapp saya di 012 6615292 atau like https://m.facebook.com/AuraRezekiSelangor/?ref=bookmarks dan lihat testimoni2 Aura Rezeki

Semoga apa yang saya kongsikan ni memberi manfaat pada kita semua dan pahala dari ilmu ini terus mengalir...aminnn ya rabbal alamin...

salam ikhlas,
niena

#nienaaura
#nienaaurateam
#nienagaramrezeki
#aurarezekiauradirimu

Sunday, 25 December 2016

AURA BUKAN SEKADAR CANTIK, MALAH LEBIH DARI CANTIK

Aura..Aura..Aura...apa tu sebenarnya aura?Adakah sejenis perkara mistik atau memang benar manusia itu ada aura?

Kadang-kadang bila kita melihat seseorang yang begitu bersemangat dan berkarisma terus kita rasa macam ada aura lah orang tu..betul..tapi apa dia aura tu sebenarnya?

Sedikit info tentang Aura..

Aura atau NUR adalah medan arus eloktromagnet atau perisai halus yang terbentuk diluar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga didalamnya.  Aura juga bertindak sebagai perisai diri. 
Kesan gelombang ini hanya boleh dilihat dgn pandangan fizikal mereka yang banyak aura dan getaran positif. Tubuh badan manusia dicipta oleh Allah dengan teliti dan hebat.

Bagi manusia, getaran gelombang tenaga ini berkait rapat pada tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal individu itu.
Tenaga dlm tubuh manusia mengalir melalui tulang belakang bermula dari kelenjar pineal di atas kepala hingga ke tulang sulbi di bhgian hujung tulang belakang. Seterusnya membentuk lingkaran atau magnet. Ianya berpusing tanpa henti dan membentuk medan ekektronik atau AURA. Lingkaran tenaga memastikan kita berada di dalam perlindungan tenaga yg baik. Bila semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu, tenaga minda meningkat, prestasi dan potensi diri juga akan meningkat.

Manusia begitu terdedah pada getaran tenaga negatif yang berada disekelilingnya. Dari sinar UV yang berlebihan hingga kesan sinar inframerah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Begitu juga pada kesan tindakbalas kimia buatan manusia seperti ketuhar, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain-lain. Keletihan, kekurangan tenaga, kemurungan, fikiran negatif, kelemahan sistem tenaga, tuntutan kerja, masalah rumahtangga dan peribadi, masalah dlm bisnes menyebabkan aura kita lemah dan bocor..



Ni adalah gambar aura saya yang diambil menggunakan kamera khas mengesan aura.. betull..aura tu wujud..



Aura saya ketika ini adalah oren dan kuning untuk warna primer (warna panas hehe) dan hijau untuk warna sekunder (warna neutral)


Sistem Chakra Manusia 

Chakra adalah satu organ metafizik yang wujud dalam system bio-energi manusia maka ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Chakra dianggap sebagai pintu utama yang berfungsi sebagai pusat penerima, penyimpan dan pengalir tenaga keseluruh system tubuh mengikut tahap dan kegunaannya. Ia penting bagi kegunaan system minda, emosi dan fizikal manusia. Umumnya ia dapat dikaitkn sebagai bateri hayat kepada tubuh badan kita


7 Chakra Utama badan manusia

Aura dipancarkan dari 7 pusat chakra didalam tubuh manusia (rujuk gambar diatas). Jika salah satu chakra rosak maka aura juga akan menjadi rosak dan kusam. Sebagai contoh Chakra Jantung, jika chakra jantung rosak atau tidak stabil maka tenaga aura yang mempengaruhi kasih sayang, kesihatan dan cinta akan meredup dan mengakibatkan selalu gagal dalam urusan asmara, rumah tangga dan dibenci oleh orang-orang disekitarnya. Chakra akan selalu bekerja menghasilkan tenaga yang sesuai dengan fungsinya. Tenaga tersebut lah yang kemudian dipancarkan oleh Aura. Semakin seimbang Chakra dalam bekerja maka Aura yang terpancar juga semakin cerah dan cemerlang

Aura yang sihat dan bersaiz besar penting bagi mengekalkan keharmonian tubuh supaya kekal sihat dan bebas daripada unsur negatif sama ada dari sudut luaran ataupun dalaman. Manakala aura yang nipis dan pecah memudahkan getaran gelombang negative masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku. Aura yang ada si sekeliling tubuh manusia boleh rosak dengan sendirinya tanpa kita sedari. Faktor tekanan hidup atau stress adalah salah satu manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia. Rosaknya aura juga boleh berpunca dari kesalahan sengaja atau tidak sengaja yang kita lakukan. Contohnya ketika kita sedang sakit kuat, aura kita akan menjadi tidak seimbang. Bagi memperoleh keharmonian dalam kehidupan, salah satunya adalah menjaga perisai atau aura semulajadi kita ini dengan baik.

Ref: Kapsulbukaaura.com, Aura.net, Aura Personaliti Warna by Dr Mir Hazil Azran Ramli

BAGAIMANA NAK TAMPAL DAN BAIKI AURA YANG BOCOR?

Perkara yg boleh membantu membaiki aura yang bocor

✔  Kawan yg positif
✔  Minum air
✔ Menggunakan warna yg sesuai dgn aura
MENGGUNAKAN SEMBURAN MAWAR
MANDI GARAM BUKIT
✔ Pakai emas (untuk wanita)



 Ini adalah Garam Bukit keluaran Aura Rezeki




Garam Mandian Aura Rezeki didatangkan dengan Mistral Roses (Serum Mawar) yang diberi percuma. Keduanya pun antara cara-cara menampal aura yang bocor. Best tak?

Nak tampal dan baiki aura yang bocor? 

Dapatkan Mandian Garam Assyifa' penarik rezeki dari saya

Whatsapp Niena 012 6615292
Consultation one to one secara percuma!