Friday, 13 January 2017

APA ITU GARAM AURA?



Sama ada kita sedari atau tidak kita sering bertemu atau mengalami situasi seperti berikut :
Bila ada orang yang cantik, tetapi tidak menarik.
tetapi ada orang yang  kurang cantik tetapi menarik.
Ada ketikanya  keadaan di mana orang tertunggu – tunggu  kehadirannya.
Namun ada juga kehadiran orang itu membuatkan orang
di sekitarnya gelisah dan tidak aman.

Mengapa situasi ini terjadi di kehidupan ini?

Ini ada kaitannya dengan  energi atau tenaga seseorang  disebut AURA
Mengikut kajian sains. setiap makhluk hidup (manusia, haiwan dan tumbuhan)
memancarkan gelombang elektromagnetik dari tubuhnya.
Himpunan energi yang membungkus tubuh ini yang dinamakan AURA.
Aura adalah medan tenaga elektromagnetik yang dipancarkan dari  dari dalam diri
hasil dari aktiviti 7 chakra  yang memberikan kesan  psikologi dan emosi seseorang
dan akan mempengaruhi warna aura dan saiz aura  sama ada kuat atau pun lemah
( negatif atau positif )

Aura yang positif akan menarik perkara/benda/keadaan yang positif
kepada seseorang. Boleh jadi menarik rakan-rakan yang positif, menarik situasi
kegembiraan, dan juga menarik peluang-peluang REZEKI kepada kita.
Sebagai contoh, jika kita meniaga dan kita memiliki aura positif ini, maka ramai
pelanggan yang berurusan dengan kita akan jadi lebih mudah dan mudah close deal.
Bukan itu sahaja, semua orang yang ada di sekeliling kita akan suka berurusan
dengan kita. Inshaa Allah…

Bagaimana nak dapatkan Aura Positif ini?

Salah satu cara adalah dengan amalkan mandi garam bukit. Ada banyak jenama garam bukit di pasaran dari yang murah hingga yang mahal. Dari yang khusus untuk mandian sahaja hinggalah khas untuk rendam kaki sahaja. Dari yang tidak berbau hinggalah yang diaromakan dengan wangian2 yang menenangkan.





Apakah Kelebihan Aura Rezeki?

Aura Rezeki bukanlah sekadar garam bukit yang biasa tetapi Mandian Garam Bukit Aura Rezeki adalah mandian terapi yang telah di syifa, dirukyahkan dan di bacakan doa-doa penarik rezeki dan penyeri wajah. Aura Rezeki bukan sahaja mempunyai manfaat dari segi kesihatan, ianya juga boleh digunakan untuk ikhtiar jodoh, hamil, gangguan makhluk halus, menarik rezeki, memperbaiki hubungan dengan orang sekeliling dan banyak lagi

Semuanya dengan izin ALLAH SWT. Garam hanyalah asbab sahaja

Nak tahu lebih lanjut?

Whatsapp 012 6615292 untuk free consultation. kita sharing ikhlas dari hati. saya akan bantu anda sebaik mungkin 😊


Salam ikhlas,
niena
#nienaaura
#nienagaramrezeki
#nienaaurateam
#sakitlutut  #mandibunga  #tarikrezeki
#tudungmurah  #kadkahwinmurah  #cincintunang
 

Thursday, 5 January 2017

19 TIPS HIJRAH DIRI

Assalam..di harap masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017... tahun yang terbaik untuk bermula andai kita masih belum melaksanakan impian kita...in sya ALLAH...
Disini saya kongsikan 19 Tips Hijrah Diri yang boleh kita lakukan dalam memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dan sukses lagi tahun ini...
(Di ambil dari facebook Hijrah Diri by Dr Mir Hazil Pakar Terapi Aura)

19 Tips Hijrah Diri

1. Lakukan 10-30 minit afirmasi “TERIMA KASIH” sambil berjalan santai (ketika berjalan ke tempat kerja, pergi sarapan / makan, pergi ke bank, window shopping dll).  Lakukan dengan penuh keceriaan dan kesyukuran. Ia adalah penawar unggul untuk ‘tekanan perasaan’ (anti-depressant).

2. Duduk rehat (senyap) kira-kira 10 minit setiap hari. (guna rantai & mangga kunci, jika perlu… hahaha).

3. Hasilkan tidur malam yang sempurna & cukup. Bersiap untuk tidur, baring sempurna, belai diri dengan kaedah TERAPI BIOENERGI (self healing technique), baca Al-Fatihah & doa sebelum tidur.
Ucapkan.. Saya pasrah & saya bersyukur berulang-ulang kali. Lakukan bayangan minda untuk KEKAYAAN yang anda ingin kecapi.

4. Sebaik jaga dari tidur, ucap syukur dan terima kasih pada Illahi. Ucap sambil bernafas dengan tenang. Nyatakan hasrat anda hari ini: “Hasrat saya hari ini adalah untuk ________________ . Saya pasrah & bersyukur!” Senyum.

5. Setiap kali mandi, niatkan “Pembersihan Rohaniah & Jasmaniah”. Ratakan air ke seluruh permukaan tubuh. Belai diri anda dengan penuh kasih sayang, rasa kagum, empati, bersemangat dan bertenaga. (3 E’s = Energy, Enthusiasm, Empathy)

6. Adakan masa untuk bermeditasi, yoga, tai chi atau lain-lain. Sekurangnya hayati proses berwuduk & ketika solat. Inilah ‘PETROL’ kehidupan.

8. Lakukan “perkara” yang anda selalu ingin benar-benar lakukan.

9. Banyakkan visualisasi (berangan-angan) tatkala dalam jaga (bukan hanya bermimpi di waktu tidur).

10. Banyak makan makanan yang bersumberkan tumbuhan semulajadi. Kurangkan makanan yang diproses semula.

11. Bermentorkan seseorang dan menjadi ‘Mentor’ kepada seseorang.

12. Libatkan diri sekerapnya kepada kerja kebaikkan (amal makruf).

13. Bersihkan atau buang benda-benda yang tak perlu di rumah, dalam kereta, meja, tempat kerja, bilik dll. Kebersihan adalah sebahagian dari iman. Energi positif akan berada dalam persekitaran yang terurus dan bersih.

14. Jangan buang masa untuk bergosip, mengumpat, baca status fb yang tak manfaat, menonton cerita HANTU kat tv,  mengenang peristiwa pahit silam, berperasaan takut & malas, suka menangguhkan urusan dan suka merajuk & marah-marah.
Sebaliknya FOKUS untuk lebih bersyukur, jujur, berbuat baik dan menyerap lebih banyak KEBAIKKAN ke dalam hidup anda. hayati kehidupan KINI untuk HARI INI..

15. Sedar akan hakikat; hidup ini sebuah perjalanan (kembara) untuk BELAJAR. Masalah adalah sebahagian dari KO-KORIKULUM yang harus ditempuh untuk BERJAYA dalam pelajaran. Ia datang dan pergi, namun pengalaman KEKAL menjadi GURU peribadi.

16. Bersarapan umpama Raja, makan tengahari macam Permaisuri dan makan malam macam kanak-kanak.

17. Senyum dan riang selalu. Ia menghasilkan hormon keriangan pada minda dan itulah VITAMIN untuk jasad. Malah SENYUM dapat menghalau energi SEDIH disekeliling anda.

18. Kerap ucapkan ‘Saya bersyukur & berterima kasih untuk ____________’ setiap kali mendapat kebaikan. Ucapkan ‘Saya ikhlas & pasrah untuk ______________’ setiap kali menerima bencana atau cabaran.

19. INGAT anda sememangnya telahpun terlalu KAYA dan jauh dari ‘miskin’. Kaya Nyawa, kaya umur, kaya masa, kaya nafas, kaya cahaya, kaya minda, kaya makan, kaya pakai dan pelbagai lagi kekayaan. Jadi mengapa pilih untuk STRES??!!
HIDUP TERUS HIDUP!!! KAYA TERUS KAYA!!! Hayati tiap detik..BERSYUKUR & enjoy!!

DMHAR
#HD #hd #hijrahdiri #tiptop #buatlebihbagus #jadilebihbaik #dmhar #drmirhazil #19tipsukses #aurasukses #aurarezeki #sihatsegarsukses #redhaikhlaspasrah


Untuk kekal positif dan bersemangat amalkan Mandian Terapi Garam Bukit Aura Rezeki yang telah dirukyahkan dan disyifakan serta di baca doa penarik rezeki. 

Untuk pertanyaan lanjut boleh whatsapp saya di 012 6615292 atau like https://m.facebook.com/AuraRezekiSelangor/?ref=bookmarks dan lihat testimoni2 Aura Rezeki

Semoga apa yang saya kongsikan ni memberi manfaat pada kita semua dan pahala dari ilmu ini terus mengalir...aminnn ya rabbal alamin...

salam ikhlas,
niena

#nienaaura
#nienaaurateam
#nienagaramrezeki
#aurarezekiauradirimu